Saturday, 24 September 2011

LAWATAN PRS KE KONVENSYEN USAHAWAN MRSM SE-MALAYSIA, 26 APRIL 2010

TARIKH:           26 APRIL 2010
HARI:                 ISNIN
MASA:                8.00 PAGI- 11.00 PAGI
TEMPAT:          MRSM TRANSKRIAN, NIBONG TEBAL
SASARAN:        40 AHLI PEMBIMBING RAKAN SEBAYA 

Satu program lawatan telah diadakan di MRSM Transkrian Nibong Tebal sempena Konvensyen Keusahawanan pada 26 April 2010 yang lalu. Seramai 40 orang murid Tahun 4 dan Tahun 5 menyertai program lawatan ini dengan diiringi 3 orang guru pengiring iaitu Cik Kamisah bt Kechil, Pn Siti Zubaidah bt Hj Abdullah dan En Mohd Fauzi bin Abdullah. Rombongan bertolak pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas yang disumbangkan oleh pihak MRSM. Lawatan bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi.  Antara pengisisan lawatan adalah ke gerai-gerai yang dibuka dan dikendalikan oleh para pelajar MRSM seluruh Malaysia serta gerai pameran. Terdapat juga gerai yang disewa oleh pihak luar di perkarangan MRSM Transkrian ini.
                             



No comments:

Post a Comment