SASARAN: Semua murid Tahap 1 Dan Tahap 2
Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat SK Permatang Tok Mahat diadakan selaras dengan matlamat mendedahkan murid-murid tentang pelbagai jenis kerjaya yang mereka terokai melalui pelbagai pertandingan yang dianjurkan ini. Selari dengan keadaan dunia kini yang dikuasai perkembangan dan kemajuan sains dan teknologi yang seterusnya membuka ruang lingkup pekerjaan yang berteraskan ilmu serta aplikasi sains dan teknologi, Pertandingan Kaunseling Kerjaya ini diadakan bertujuan mendedahkan murid-murid tentang dunia pekerjaan. Pertandingan seperti kuiz kerjaya diadakan bagi mendedahkan murid-murid tentang pelbagai kerjaya di bidang profesional, mengasah bakat mereka di bidang seni visual serta membina kesedaran tentang kepentingan kerjaya di masa hadapan dengan persediaan pada peringkat awal kehidupan mereka.





No comments:
Post a Comment